top of page

Cara Pembayaran & Penghantaran:

 

1. Buat pembayaran di 562759680046 (Maybank - Legacy Publisher) SEBELUM mengisi Borang Tempahan.

 

2. Isi borang pembelian di bawah mengikut arahan diberikan dan masukkan Nombor Rujukan Pembayaran (Bank Transfer) atau Tarikh & Waktu (CDM).

 

3. Emelkan slip pembayaran ke saleslegacypublishing@gmail.com bersama NAMA PENUH dan NOMBOR TELEFON. Gunakan emel yang didaftarkan di dalam borang tempahan.

 

4. Nyatakan "Pre-Order Travelog Perempuan" di bahagian subjek emel.

 

5. Pihak kami HANYA akan membalas emel yang disertakan dengan NAMA PENUH.

 

6. Proses penghantaran akan dilakukan selepas stok diterima sepenuhnya dari kilang. (Mohon follow FB LegacyPublishingSB untuk perkembangan.

 

7. Tracking Number akan terus diberikan selepas pengurusan penghantaran dilakukan. 

Tawaran akan ditutup dalam tempoh

03

04

Bijaksana

 

Beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini mungkin peringatan daripada Allah agar aku lebih bijaksana, bukan hanya berserah. Lainlah Nobita yang senang-senang minta Doraemon memenuhi kehendaknya tanpa beliau berusaha menggunakan akal sendiri.

Buta

 

Ketika menunggu bas B 114 tercinta di Stesen LRT Maluri,  seorang wanita lingkungan umur 20-an kemas berbaju kurung dan bertudung litup rona merah muda melintasi di hadapanku dengan tongkat putih panjang diketuk-ketuk ke lantai mencari arah.
Tongkat yang diketuk tak pula terpukul kaki aku. Wanita muda itu dengan lancarnya berjalan dan membelok ke kiri dengan maju jaya.

Ada seorang perempuan. Dia bekerja di Jalan Tun Razak. Dia suka menulis. Setiap hari dia akan memerhatikan gelagat orang-orang di jalan itu. Kesibukan mereka. Kekalutan mereka. Dia sendiri selalu sibuk dan kalut. Namun, dia masih sempat mencatat apa sahaja yang dia nampak, rasa dan terlintas di fikirannya.

Kenapa catatannya penting dibaca? Kerana ia adalah kisah kita sendiri, yang tenggelam dalam dunia sendiri.

Dia hanya si tukang cerita.

01

30 Minit

 

Sejak  berpindah ke Kajang, waktu perjalanan ke tempat kerja menjadi 2 jam 30 minit pergi balik. Aku naik komuter, LRT dan bas RAPID. Selepas beberapa hari begitu, aku mula memahami bahawa Allah memberikan 4 jam 30 minit sehari sebagai waktu untuk aku membaca. Sebelum ini 30 minit sehari pun tak tentu.  Terima kasih, Allah.

02

Internasional

 

Bas awam lebih internasional. Di depan aku warga Bangladesh, di sebelah kiri dari Nepal dan di kanan aku wanita Filipina. Kami dari negara yang berbeza menaiki bas ini dengan tujuan yang sama, mencari rezeki. Bila petang menjelma, kami masih orang yang sama, cuma bau yang berbeza. Sengih!

05

Melawat Kawasan

 

Apakah tempat yang menjadi jodoh pertemuan antara Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang? Jawapannya, Ampang Park!
Jadi pagi tadi aku berada di tempat jodoh kepada dua jalan yang femes tu. Petang pula aku ke menara yang dikahwinkan di Jalan Ampang. Menara KLCC. Kemudian balik ke daerah yang diceraikan, iaitu Kajang. Pandai-pandai aje.

06

Kemahiran Diri

 

Acara balapan 100 meter mengejar bas B114 dan tren-tren berkaitan sudah mencapai tahap Usain Bolt. Teknik menahan nafas yang biasa digunakan perenang berirama dapat dipraktik dengan baik ketika balik dari kerja di dalam bas sesak, B114. 

Harga Promosi

RM 20.00

(+ RM 6.40 postage)

 

sehingga

17 Jan 2016

Pengunjung

bottom of page